CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 21 February 2011

Air Mata Mampu Padamkan Api Neraka

Menangis itu indah. Sihat dan simbol kejujuran. Pada masa yang tepat atau ketika kita ingin memohonan sepenuh hati kepada Allah, menangislah sepuas-puasnya kerana tidak semua orang menangis. Orang yng menangis memohonan keampunan Allah adalah manusia yang hebat tetapi jika menangis tanpa alasan munasabah ia dilihat seorang yang lemah.

Allah memuji orang menangis, "Dan mereka yang menyungkurkan wajah sambil menangis, mereka bertambah khusyuk" (Al-Isra:17:109) dan Nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan," jika kamu mahu selamat, jagalah lidahmu dan tangislah dosa-dosamu".



Dari sudut sains pula, dua ilmuwan dari Amerika Syarikat dan Jerman pernah mengkaji mengenai air mata. Mereka menyimpulkan air mata yang keluar ketika mengupas bawang atau kena percikan lada adalah berlainan kandungannya dengan air mata yang mengalir ketika sedih dan kecewa.

Air mata yang keluar kerana mengupas bawang tidak mengandungi zat yang berbahaya tetapi air mata yang keluar ketika seseornag bersedih dab kecewa, air mata yang mengalir mengandungi toksin. Jadi mereka mencadangksn jika seseorang bersedih dan kecewa, menangislah kerana jika air mata tidak dikeluarkan ia memberi kesan pada kesihatan tubuh.

Orang yang air matanya mudah mengalir kerana mengingat dan merindukan Tuhannya adalah orang hebat. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda "ada mata yang diharamkan masuk neraka, iaitu mata yang tidak tidur semalaman dalam perjuangan fisabilillah dan mata yang menangis kerana takut kepada Allah".

Seorang ahli sufi pernah mengatakan, jika seseorang tidak pernah menangis kerana takutkan kepada Allah dikhuatiri hatinya gersang atau kosong dan kerana itu kebiasaan bagi sufi ialah menangis. Malah ada mata dan ahli sufi yang cacat kerana air mata yang selalu berderai.

Dalam sebuah kitab, Bidayatul-hidayah, diceritakan pada hari kiamat nanti, akan keluarlah api neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad SAW berusaha menghalangnya dengan berkata,"Wahai api,demi hak orang-orang yang solat,dengan hak orang yang ahli sedekah,dengan hak orang yang khusyuk,demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali".
Walaupun dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibril berkata,"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Nabi Muhammad SAW", kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya.

Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah airlah air ini dan siramkanlah kepadanya, lalu Baginda mengambil dan menyiramkan pada api itu maka padamlah api itu. Setelah itu,Rasulullah bertanyakan kepada Jibril, apakah air itu? Maka Jibril menjawab " itulah air mata orang dehaka dikalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah SWT.

Jika ada di antara kita yang air mata kerinduan kepada Allah tidak bercucuran, apa lagi jika air mata selalu kering di atas tompokan dosa dan maksiat, kita perlu berbuat sesuatu dan menangislah atas dosa yang kita lakukan.

0 comments: