CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 23 February 2011

Syaitan pun Terkejut

Ada satu cerita mengenai seorang manusia yang bertemu dengan syaitan pada waktu subuh.Daripada pertemuan itu akhirnya mereka menjadi sahabat.Menjelang waktu Subuh yang berikutnya, syaitan melihat manusia (kawan baru) tidak menunaikan solat,sambil tersenyum, syaitan berkata dalam hati. ' orang ini boleh jadi sahabat baik aku'.



Begitu juga apabila tiba waktu Zuhur. Orang itu masih tidak mengerjakan solat. Syaitan makin senyum lebar dan berkata dalam hati 'rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti'. Ketika tiba waktu Asar dan sehingga habis waktu, orang itu masih dengan kegiatannya. Syaitan mula terdiam....kemudian datang waktu magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga. Syaitan masih gelisah, tiada senyum mengutum. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah seddang mengingati sesuatu. Akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tiak juga mengerjakan solat Isya, syaitan menjadi panik.



Melihat kejadian itu, syaitan tidak dapat menahan diri lagi, dihampiri sahabatnya tadi dengan penuh ketakutan dan berkata,'wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita'.



Dengan kehairan manusia itu bertanya,' kenapa engkau engkar janji, bukankah dulu, engkau ingin menjadi sahabat aku', syaitan menjawab dengan gementar ' Nenek moyangku dulu, hanya sekali sahaja membangkang perintah-Nya, iaitu menolak untuk sujud kepada Adam, telah dilaknat-Nya.

Apakah engkau hari ini, telah lima membangkang untuk sujud kepada-Nya(sujud kepada Allah), tidak terbayang olehku, bagaimana besarnya murka Allah padamu.

0 comments: